Tinggalkan jejak korang disini ya ^_^

Saturday, July 13, 2013

Resepi Daging Dendeng

Assalamualaikum w.b.t  :)

Hari ni dengan senang hatinya Iman nak berkongsi satu resepi dengan korang.
Resepi ni Iman ambil dari buku, & Iman ubah suai sikit mengikut citarasa :)

Daging dendeng :)


Okeh, jom kita mulaaa..!! 

Bahan-bahannya: 
 Daging (semestinya lah kan)hehe



4 batang Serai & 2 inci halia (diketuk)
(untuk rebus daging nanti)



Bahan-bahan kisar:

10 tangkai cili kering
15 biji cili merah (Iman tak letak sbb tak ada, ganti dgn 5 biji cili padi)
10 biji bawang merah (Iman letak 8 biji, sbb daging sikit je)
3 ulas bawang putih
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan gula merah (Iman tak letak sbb tak ada, ganti dgn gula putih)


***
Tak lupa juga: 2 cawan air (untuk merebus daging)
Minyak utk menggoreng
Garam secukup rasa


Cara-caranya: 

1. Daging dibersihkan, kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan direbus 
bersama serai & halia sehingga empuk.

2. Setelah itu, hiris daging yang telah direbus tadi secara nipis tetapi lebar,
 kemudian digoreng sehingga garing dan angkat.

3. Tumbuk daging di dalam lesung supaya lebih lembut.

Daging yg telah direbus, goreng dan ditumbuk.


4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi.

Bahan-bahan tadi yang telah dikisar

5. Masukkan daging tadi dan gaulkan sehingga rata.

6. Akhir sekali, rasakan garamnya kemudian angkat dan hidangkan 


Siap!! (Iman kalau bab hias2 ni memang fail lah)haha

Ok, itu sahaja resepi yang boleh dikongsi, Selamat Mencuba ^_^


Salam Ramadhan :)





6 comments:

  1. umm..macam sedap je..leh buka restoran ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ni taraf rendah ja ni, mna standing dgn restoren

      Delete
    2. nampak simple..rasa mesti power..ummphh :)

      Delete
  2. bau sampai ke sini :)) terliur bulan2 posa ni ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...