Tinggalkan jejak korang disini ya ^_^

Monday, August 5, 2013

Dah sampaiiiii! ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Barang order Iman dah sampai ^_^ Nak tahu Iman order apa? meh tengok bawah.



ni la, ingat kan apa la kan..hehe




Boya whitening mask :)
nama pun whitening kan, so untuk cerahkan kulit lah kan :)
Iman kalau nak ke kelas, Iman bawak motor ja...jadi bila dah tengahari tu, panas2 terik, kulit akan burn..tambah2 kat tangan Iman , burn sampai boleh nampak beza..
bila dok depan cermin ja mesti nak beza2kan muka dgn tangan,.
jadi Iman ambil keputusan nak try produk ni sebab tngok ramai orang yang puas hati :)
 Boya mask ni pakai sebelah malam tau.




Cathy L-Glutathione magic cream :)

Yang ni pakai waktu siang, sebelum Iman bawak motor tu..boleh la tempek2 kat tangan kan.he
Dekat muka pun boleh ja nak letak krim ni ^_^ Kulit akan jadi putih bila pakai krim ni :)




Lip tint (red apple) :)




Arche Pearl Cream :)
Ok yang ni Iman tak order pun, tapi free gift ^_^
Terima kasih dekat sis yang jual produk ni sbb bagi Iman free gift ni :)




Itu sahaja untuk kali ni :)
Sekadar berkongsi dengan blogger semua, terima kasih sudi melawat blog Iman ^_^

"Salam semua"





Sunday, August 4, 2013

Sotong sumbat masam-masam manis :)


Assalamualaikum w.b.t

Ehermm...lama Iman tak updated blog, join giveaway je yang selalu..hehe
Ok, tak mau sembang banyak-banyak, hari ni Iman nak kongsi dengan korang semua satu resepi untuk juadah berbuka puasa nanti, baru ja siap masak tadi :) Iman amek dari buku resepi ni...try2 alhamdulillah menjadi, tapi rasa belum tau lagi la, sebab puasa, harap-harap sodap lah kan..erk,,hehe.

Sotong sumbat masam2 manis :)

Bahan-bahannya adalah:

Untuk isi yg akan disumbat nanti: 

 200 gram udang
2 biji telur
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
2 biji bawang merah
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
1 sudu minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan untuk sambal masam2 manis:

1 labu bawang besar (dihiris kasar)
1 ulas bawang putih (dihiris)
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh gula
1 tangkai daun bawang
2 susu makan minyak masak
garam secukup rasa

********
tak lupa juga bahan utama:
 500gm sotong (dibuang kulit dan dibersihkan)

Cara-caranya:

Cara membuat bahan sumbat:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan udang, kacau rata.
2. Masukkan telur dan biar sebentar, kemudian hancurkan.
3. Masukkan garam, cili merah, cili hijau, daun bawang dan daun sup, kacau rata.
4. Tutup api dan ketepikan.
5. Sumbatkan bahan-bahan yang siap di masak tadi
kedalam sotong, sematkan dengan lidi.

Cara membuat sambal:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih 
dan cili kisar sehingga wangi.
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan gula, kemudian kacau rata.
3. Akhir sekali masukkan sotong dan biar sehingga mendidih.
4. Siap dihidangkan, taburkan daun bawang diatasnya.



Hasilnya :)



Selamat mencuba ya ^_^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...